Tuesday, September 28, 2010

Diwaktu aku sedih...

              Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...yang membentuk aku dari setitis air yang hina. Diwaktu aku bersendirian, terasa diri ini begitu lemah. Terasa akulah manusia yang tak penah kenal erti serik dan sering sahaja bongkak. Hari demi hari aku menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah tanpa aku memikirkan tujuan sebenar nikmat ini. Dikala aku kesusahan barulah aku pergi mengadapNYA. HIPOKRITNYA AKU!!! Adakah patut aku perlakukan begitu. Dengan Tuhan Aku sendiri!!! YA ALLAH aku menadah tangan memohon keampunan untukku hamba yang sangat lemah dan alpa.

             Menggigil tanganku ini. Berdebar hatiku ini. Gusar fikiranku. Pabila memandang kembali amalan yang telah aku lakukan. Akulah hamba yang bangga dengan amalan yg TIDAK SEBERAPA!!! Seolah-olah aku mengjangkakan bahawa aku ini CONFIRM masuk syurga. Berjalan mendabik dada sambil memperlekehkan amalan yang orang lain buat. Diri ini sudah tidak makan saman. Solat aku lambatkan. Zikir aku lupakan. Puasa aku endahkan. Adakah aku ini sudah KURANG SIUMAN!!! Bekalan apa yang aku bawak untuk bertemu RABKU... Diwaktu ini hati masih lagi resah dek kesalahan yang lalu.

               Hari demi hari, detik demi detik aku bazirkan untuk perkara yang tidak perlu. SIA-SIA. Adakah aku sudah bersedia untuk melangkah alam dimana aku sahaja yang berbaring tanpa teman. Mungkin aku ingat aku ini MUDA so enjoy dulu... "Wei, Khairi kawan ko ramai je yang da jadi arwah. Budak junior sekolah ko pun ada yang da jadi arwah. Diaorang muda lagi apa." Sekali maut bertandang tak kisahlah tua ke, muda ke, beriman ke, kaya ke, takkan lewat walaupun sesaat. Adakah aku mahu taubat ketika nyawa sudah berada dihujung kerongkang?

               Aku berhenti sejenak. Merenung jauh di bumi fana. Air mata kecewa kerana menurutkan nafsu yang liar dan sahabat syaitan yang durjana. Malang lah aku sebagai manusia yang berpaksikan ISLAM sebagai hidupku jika semua ini aku TAK PEDULIKAN... Wahai rakan,sahabat,teman yang membaca warkah ini. Ingatlah hidup ini bukan ada tempoh percubaan. Teruskan hayun langkahmu. Hempaskan nafsumu. Pagarkan dirmu. KEMBALILAH PADA SIPENCIPTA...

Thursday, September 16, 2010

TAWARAN MURAH UNTUK UMRAH MUSIM SEJUK&CUTI SEKOLAH 2010

Alhamdulilah syukur kehadrah Allah kerana dapat juga saya menulis diblog sy ini...maaf ye semua sbb laptop rosak..hehehe...Tujuan sy menulis ini utk mengwarwarkan bahawa Pihak Tiram Travel ada menawarkn pakej2 umrah yg mana bagi sy sgt murah dan berbaloi...Hmm jikalau anda semua berminat tak kisah lah walau dimana pun anda berada..Insya Allah call or sms sy...sy boleh uruskan dari A-Z...hehehe bukan nk bangga diri tp utk menolong semua supaya dikala umur masih ada marilah kita ke rumah Allah...CEPAT YE TEMPAT TERHAD...utk maklumat lanjut bleh tanya sy or contact facebook sy or ape2 sajalah...Surat khabar ada keluarkan iklan...Harap semua maklum...Marilah Kita Ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah..