Sunday, December 25, 2011

~Hanya Renungan~





Seorang Pengawal Keselamatan UIAM menegur saya:
"Dik, hari ni ada nampak matahari tak?"(sambil mendongak ke langit)
Saya menjawab:
"Hmm...tak nampak..hari ni satu hari menangis..."
Beliau menjawab kembali:
"Tu la...rindu kat matahari..."

~Moralnya kawan2 Jikalau waktu kemarau bersyukur ada matahari dan jikalau waktu hujan bersyukur ada hujan...TAPI yg paling penting Jikalau BANGUN ESOK BERSYUKURLAH KRN Allah masih lagi nak temukan kita dgn MATAHARI & HUJAN~

Sunday, September 4, 2011

The Road Not Taken...


          Kehidupan bukan sesuatu yang mudah untuk saya gambarkan. Dalam masa 20 tahun saya hidup di dunia fana ini, pelbagai dugaan dan keputusan yang terlalu berat untuk saya putuskan. Alkisah pada suatu masa, suatu peristiwa ataupun suatu keputusan yang mana bagi saya adalah amat memeritkan. Menjadi idaman saya sejak kecil lagi untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Al Azhar, Mesir. Saya menanam cita2 ini sejak dari saya kenalnya huruf "A" yang mana saya bertekad untuk menjadi Doktor Al Hafiz.

          Selepas saya mendapatkan keputusan dalam SPM, saya terus memohon untuk melanjutkan pelajaran saya sepertimana yang di idam-idamkan. Akhirnya permohonan saya diterima oleh sebuah syarikat swasta yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Al Azhar. Ya Allah pada masa itu tak terkira kesyukuran saya pada Allah. Hati ini terasa bagaikan melonjak-lonjak kegembiraan. Ketika itu saya baru sahaja melakukan pembedahan dilutut akibat kemalangan yang lalu. Tu yg tak boleh nak menzahirkan kegembiraan tu. Tapi mulut ini tidak berhenti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepa Allah.

          Selepas daripada mendapat surat tawaran itu, saya meneruskan pembacaan tentang butir2 surat itu. Saya tergamam apabila melihat kos pengajian tersebut adalah sebanyak RM230 000.00 untuk 6tahun pengajian. "Ya Allah!!!" detik hati saya. Saya mula bingung siapalah mahu taja saya ni. Keputusan bukanlah gempak sangat pun. Disini bermula pengalaman saya seolah-olah seperti pengemis. Saya turun naik pejabat kerajaan. Turun naik pejabat agensi2 keewangan. Turun naik pejabat yang berhormat. Tapi jawapannya tetap menghampakan. Tiap2 malam diaatas kerusi roda sy menadah tangan..."Ya Allah sungguh tiada dayanya diriku ini. akubukanlah dari keluarga yang berada. Permudahkanlah Ya Allah untuk menuntut ilmu dibumi AnbiaMU..Pemudahkanlah Ya Allah...Amin"

          Akhirnya sampai satu keadaan saya mendapat surat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka(KMM). Tetap melihat daripada keadaan diri aku ni aku tidak mempu untuk ke kolej tersebut. Kehidupan yang bertongkat dengan beberapa batang besi yang menyokong lulut saya membataskan segala-galanya. Lama kelamaan aku terpaksa membuat keputusan. Keputusan yg terlalu berta untuk dinilai dan ditimbangkan. Dalam hati saya merintih. Perit dan pedih. Melihat kepada keadaan keluarga yang tidak mampu. Pada ketika itu, kakak saya telah melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan Biotech Engin di UIA yang memerlukan belanja yang besar dan adik2 dibawah saya semuanya memerlukan duit untuk meneruskan persekolahan. Cuma Abah kesayangan saya sahaja yang mencari nafkah.

          Lalu saya menunaikan solat istikharah memohon petunjukNYA. Saya pergi mendapatkan emak saya dan saya beritahu tentang keputusan yang telah saya fikir serta putuskan. "Emak,abang fikir abang nak lepaskan tawaran ini, mak.."kata saya. "Insya Allah mungkin akan datang ada rezeki lain untuk abang". Lalu emak saya menjawab, "Bersabarlah, Insya Allah emak yakin ada sesuatu yang lebih baik menunggu abang". Selepas daripada peristiwa itu, saya mencari peluang untuk saya belajar. Akhirnya kawan saya mencadangkan saya untuk membuat rayuaan untuk masuk Pusat Asasi UIA. Dengan itu, saya bertekad untuk menggagahkan diri yang bertongkat untuk membuat rayuan di UIA. Abah saya membawa saya berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Sehingga sekarang saya masih baik dengan pegawai tersebuat. Namanya Bro. Zabidi Nasan.

          Saya merayu mengikut kelayakkan iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam Fondation In Nursing. Alhamdulillah saya kini bergelar mahasiswa Kejurawatan. Walaupun sudah bertahun telah berlalu niat dan cita2 saya utk ke Al Azhar masih lg xpenah pudar. Walaupun cita2 seorg doktor tapi siapa tahu saya akan jadi doktor dengan menggunakan platform JURURAWAT...Tapi masih jua saya kenangkan jikalau saya dapat melanjutkan pelajaran ke Al Azhar hari tu..Apa yang akan terjadi...

Haish THE ROAD NOT TAKEN

Wednesday, March 9, 2011

@2011: "Mengenang Memori">>>>Edisi Aku Seorang Pemuisi

                       AKU SEORANG PEMUISI.. Aku ni terlalu minat dgn puisi. Di rumah aku ada byk sastera lama. Orang mungkin cakap aku ni jiwang la apa la...Tapi ni mmg minat aku...Aku suka berpuisi tapi xsuka nk tulis sebenarnya..Puisi ni dtg bagai angin yg menderu...tapi bila nk buat dia cam xde idea..hak3x..Emak aku mmg suka ngan aku..sbb emak ckp aku suka buat puisi...dan puisi2 tu indah...hari tu emak dgr aku nyanyi lagu puisi karya Ebit G. Ade..Nk tahu lagu nye camne??? Rsenye dlm older post aku ada...haaa...ni link dia...http://exceptionalguy.blogspot.com/2009/12/berita-kepada-kawan.html

                        BUDAK PUISI VS BUDAK SAINS...Ni satu kes yg mana orang asyik pelik ngan aku...Diaorang cakap mana bleh budak sains berpuisi... Budak sains mana suke benda2 puisi ni...Aduih...Aku ni mmg budak sains..Sains mmg jadi minat aku sejak kecik lagi...Aku asyik ckp ngan mak aku yg aku akan jadi DOKTOR...Aku suka reka cipta brg2..macam2 la...So ada suara2 sengau yg berkata diaorg pelik tgk aku...Hmmm...betol ni la aku...Budak yg otak sains berjiwa sastera...

                       Jadi nak di jadikan cerita...oleh kerana minat aku terhadap sains dan puisi ni da menebal dlm sanubari aku..aku telah terpilih untuk mewakili sekolah untuk PUISIDRA (panjangnya puisi drama sains)...Alhamdulillah dapt no 4 kebangsaan..Orang kata "Not Bad"...hehehe...

                      Hari tu masa aku tgh mengemas rumah...Aku bukak la balek kotak2 time aku sekolah dulu..Lalu terjumpalah sebuah puisi..puisi ni aku tulis zaman aku budak2 lagi...Puisi ni pernah menang kat sekolah aku dulu...siap tayang kat Papan Kenyataan..hehehe..tapi biarkanlah itu menjadi kenangan...
So, Edisi Aku Seorang Pemuisi ni mengimbau kembali saat2 gemilang aku bersama puisi ciptaan ku...I'm Proud to be ME...Insya Allah klu ada peluang nanti aku post kn beberapa puisi yg pernah sy karang...Insya Allah...


p/s: Puisi itu indah dan menenangkan..Semua puisi yg aku karang semuanya berdasarkan hati+emosi+perasaan...

Saturday, February 5, 2011

@2011: "Mengenang Memori">>>>Edisi Mengenang Umur


Hmmm...bila di renung kembali sudah 20tahun aku hidup...dan aku kini menjadi lebih dewasa...dewasa...dewasa...dan lebih dewasa....tapi cuba kita REWIND kembali apa yg berlaku secara kasarnya putaran hidup aku ni...

Tahun 1991: Aku dilahirkan
Tahun 1996: Aku bersekolah tadika
Tahun 1998: Menjejakkan kaki ke sekolah rendah
Tahun 2000: Mengambil peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS)
Tahun 2003: Darjah 6 dan UPSR & PSRA
Tahun 2004: Bertukar ke Alam sekolah menengah
Tahun 2006: Tingakatan 3 dan PMR
Tahun 2008: Tingkatan 5 dan SPM
Tahun 2009: Meningkat ke Alam UNIVERSITI
Tahun 2011: Ke Main Campus!!!

                  Cuba anda semua bayangkan...Tahun 1991~2011...Sudah 20tahun berlatu...20tahun = 2dekad... 2dekad = 1/5 abad...aku sudah tua dan tua...hahaha...orang sudah mula bertanya "khairi bila nk kahwin...???" "Hmmm...NO COMMENT"...Cuba kita ZOOM lagi tgk apa pencapaian yg telah di gapai....

Tahun 1991: Aku dilahirkan
Tahun 1995: Aku berkhatan atas permintaan aku
Tahun 1997: Atlit terbaik tadika Kuala Langat+khatam Mukaddam
Tahun 1999: Atlit lumba lari sekolah
Tahun 2000: PTS tak lulus(tak dapat lompat tahun)+khatam AlQuran
Tahun 2002: Tempat ke-3 Eureka Kebangsaan
Tahun 2003: UPSR 4A 1B PSRA 89.6(JAID JIDDAN)
Tahun 2004: Ke SMK (A) Sultan Muhammad
Tahun 2005: Atlit Melaka Silat (Jurus Wajib)
Tahun 2006: PMR 7A 2B
Tahun 2007: CEO SMISCO
Tahun 2008: Ketua Asrama+Fasilitator Jurus Wajib Melaka+patah kaki
Tahun 2009: SPM 6A1 3B3 1B4 1C5 1C6+Tawaran Al Azhar+CFS IIUM+FRC
Tahun 2010: President SSGMC+ 10/10/10
Tahun 2011:~~~Still on going

                  Ni adalah secara kasarnya...Bila dikenang kembali seronak jadi masa kanak2 berbanding sekarang...tu bukan masalah...tapi masalahnye...aku sedar ke masa da berlalu...sedar ke aku dari kanak2 sudah ke remaja dan kini seorang belia...Sudah perlu memikir dan memikul tanggungjawab...Aku terkenang perkataan "DEMI MASA" yg mana perkataan ini membuat aku menang QUIZ di perhimpunan sekolah masa Darjah Satu...Cepatnya masa berlalu meninggalkan aku....



Saturday, January 15, 2011

@2011: "Mengenang Memori"

                 Assalamualaikum...salam kepada semua pembaca...utk awal tahun ini sy akan bercerita tentang zaman kehidupan saya selama 20 tahun dimuka bumi ini..Sebelum bercerita, elok lah saya taaruf dahulu..(dulu da tapi skrang utk "EDISI KHAS")...

                    Saya diberi nama Muhammad Khairi Bin Shaharuddin. Anak kelahiran drpd perkongsian hidup dua insan; Abah saya Shaharuddin Mohammed dan Emak saya Jamaiyah Kassim. Mempunyai seorang kakak dan 3 org adk lelaki(kaki gaduh semua). Anyway sekarang ni sedang belajar Asasi Kejururawatan...Org mempertikaikn "Why Nurse???"...Saya dgn selamba menjawab saya nak jadi lebih special dari org lain...heheh

             Sekarang ni saya sedang berkecimpung dlm byk perkara. Antaranya:
  1. Penternak Muda Itik(telur,danging,kampung),Angsa,Burung Puyuh,Ayam Gajah dll
  2. Pegawai Pemasaran Syarikat Sri Mengkuang Enterprise
  3. Wakil Syarikat Tiram Travel (wakil Umrah)
  4. DLL(byk sgt nk list)
Walaupun kelihatan seperti org sibuk tapi realitinya saya xsibuk pun. Saya suka buat kerja2 ni. Inilah hidup saya. Dalam lumrah hidup saya, saya lebih suka kerja daripada belajar (except belajar pasal Medical&Biology). Tapi realiti hidup belajar lebih senang dari kerja...Betul x???

            Hmm...saya xnk taaruf byk2 kang nanti xde bahan nk cerita...So harap anda semua "ENJOY" bersama saya dlm slot @2011: "Mengenang Memori"