Sunday, September 4, 2011

The Road Not Taken...


          Kehidupan bukan sesuatu yang mudah untuk saya gambarkan. Dalam masa 20 tahun saya hidup di dunia fana ini, pelbagai dugaan dan keputusan yang terlalu berat untuk saya putuskan. Alkisah pada suatu masa, suatu peristiwa ataupun suatu keputusan yang mana bagi saya adalah amat memeritkan. Menjadi idaman saya sejak kecil lagi untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Al Azhar, Mesir. Saya menanam cita2 ini sejak dari saya kenalnya huruf "A" yang mana saya bertekad untuk menjadi Doktor Al Hafiz.

          Selepas saya mendapatkan keputusan dalam SPM, saya terus memohon untuk melanjutkan pelajaran saya sepertimana yang di idam-idamkan. Akhirnya permohonan saya diterima oleh sebuah syarikat swasta yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Al Azhar. Ya Allah pada masa itu tak terkira kesyukuran saya pada Allah. Hati ini terasa bagaikan melonjak-lonjak kegembiraan. Ketika itu saya baru sahaja melakukan pembedahan dilutut akibat kemalangan yang lalu. Tu yg tak boleh nak menzahirkan kegembiraan tu. Tapi mulut ini tidak berhenti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepa Allah.

          Selepas daripada mendapat surat tawaran itu, saya meneruskan pembacaan tentang butir2 surat itu. Saya tergamam apabila melihat kos pengajian tersebut adalah sebanyak RM230 000.00 untuk 6tahun pengajian. "Ya Allah!!!" detik hati saya. Saya mula bingung siapalah mahu taja saya ni. Keputusan bukanlah gempak sangat pun. Disini bermula pengalaman saya seolah-olah seperti pengemis. Saya turun naik pejabat kerajaan. Turun naik pejabat agensi2 keewangan. Turun naik pejabat yang berhormat. Tapi jawapannya tetap menghampakan. Tiap2 malam diaatas kerusi roda sy menadah tangan..."Ya Allah sungguh tiada dayanya diriku ini. akubukanlah dari keluarga yang berada. Permudahkanlah Ya Allah untuk menuntut ilmu dibumi AnbiaMU..Pemudahkanlah Ya Allah...Amin"

          Akhirnya sampai satu keadaan saya mendapat surat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka(KMM). Tetap melihat daripada keadaan diri aku ni aku tidak mempu untuk ke kolej tersebut. Kehidupan yang bertongkat dengan beberapa batang besi yang menyokong lulut saya membataskan segala-galanya. Lama kelamaan aku terpaksa membuat keputusan. Keputusan yg terlalu berta untuk dinilai dan ditimbangkan. Dalam hati saya merintih. Perit dan pedih. Melihat kepada keadaan keluarga yang tidak mampu. Pada ketika itu, kakak saya telah melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan Biotech Engin di UIA yang memerlukan belanja yang besar dan adik2 dibawah saya semuanya memerlukan duit untuk meneruskan persekolahan. Cuma Abah kesayangan saya sahaja yang mencari nafkah.

          Lalu saya menunaikan solat istikharah memohon petunjukNYA. Saya pergi mendapatkan emak saya dan saya beritahu tentang keputusan yang telah saya fikir serta putuskan. "Emak,abang fikir abang nak lepaskan tawaran ini, mak.."kata saya. "Insya Allah mungkin akan datang ada rezeki lain untuk abang". Lalu emak saya menjawab, "Bersabarlah, Insya Allah emak yakin ada sesuatu yang lebih baik menunggu abang". Selepas daripada peristiwa itu, saya mencari peluang untuk saya belajar. Akhirnya kawan saya mencadangkan saya untuk membuat rayuaan untuk masuk Pusat Asasi UIA. Dengan itu, saya bertekad untuk menggagahkan diri yang bertongkat untuk membuat rayuan di UIA. Abah saya membawa saya berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Sehingga sekarang saya masih baik dengan pegawai tersebuat. Namanya Bro. Zabidi Nasan.

          Saya merayu mengikut kelayakkan iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam Fondation In Nursing. Alhamdulillah saya kini bergelar mahasiswa Kejurawatan. Walaupun sudah bertahun telah berlalu niat dan cita2 saya utk ke Al Azhar masih lg xpenah pudar. Walaupun cita2 seorg doktor tapi siapa tahu saya akan jadi doktor dengan menggunakan platform JURURAWAT...Tapi masih jua saya kenangkan jikalau saya dapat melanjutkan pelajaran ke Al Azhar hari tu..Apa yang akan terjadi...

Haish THE ROAD NOT TAKEN