AKU ADALAH SEORANG PANGLIMA, YANG MANA TUGASKU MEMELIHARA PEMERINTAHKU(IMAN) DENGAN MENGGUNAKAN SENJATA AGUNGKU(DOA&AMALAN)UNTUKKU MENCAPAI PANGKAT,DARJAT,HARTA YANG TERTINGGI DISISI RABKU...SEMOGA MATIKU DALAM SYAHID
Monday, March 18, 2013
Pengalaman Yang paling menarik...
Ceritanya begini, hari ahad sebelum hari sebelum exam Community Health Nursing aka CHN saya dalam perjalanan pulang dari rumah nak ke kampus tercinta UIA kuantan. Nak dijadikan cerita, tak ada pulak tiket. Cari kat Terminal Bas Seksyan 17 Shah Alam pun tak ada. Alih2 tekad la pergi ke terminal Pekeliling dengan harapanya ada la tiket bas. Tetapi amat mendukacitakan, tak ada jugak tiket bas. Ternampak kat satu kaunter ni dia tulis, "ke Kuantan paling Awal hari ni -> pukul 11 malam". Memang best la kan sebab tengok jam kat handphone baru pukul 6petang. Nak tak nak kena beli la jugak, sebab memang da tak ada option lain. Lalu beli la tiket tu dengan hati yang sayu..
Selepas beli tu, saya pun duduk di susur gajah yang dekat dengan LRT Titiwangsa. Lalu terfikir untuk ulangkaji dan mengeluarkan IPad dari beg. Memang pemandangan yang indah la. Depan dari susur gajah tu ada sungai gombak. Bak orang kata belajar tepi sungai, tapi sungai bandar faham2 la sendiri ye. Banyak gak ilham bila duduk tepi sungai ni..hahaha
Ini la keedaan tepi sungai tu. Indah tak? Hahaha
Saturday, March 16, 2013
Young writer on the MOVE!!!
Thursday, January 31, 2013
Aku Anak Gayong!!!
Sunday, December 25, 2011
~Hanya Renungan~
"Dik, hari ni ada nampak matahari tak?"(sambil mendongak ke langit)
Saya menjawab:
"Hmm...tak nampak..hari ni satu hari menangis..."
Beliau menjawab kembali:
"Tu la...rindu kat matahari..."
~Moralnya kawan2 Jikalau waktu kemarau bersyukur ada matahari dan jikalau waktu hujan bersyukur ada hujan...TAPI yg paling penting Jikalau BANGUN ESOK BERSYUKURLAH KRN Allah masih lagi nak temukan kita dgn MATAHARI & HUJAN~
Sunday, September 4, 2011
The Road Not Taken...
Kehidupan bukan sesuatu yang mudah untuk saya gambarkan. Dalam masa 20 tahun saya hidup di dunia fana ini, pelbagai dugaan dan keputusan yang terlalu berat untuk saya putuskan. Alkisah pada suatu masa, suatu peristiwa ataupun suatu keputusan yang mana bagi saya adalah amat memeritkan. Menjadi idaman saya sejak kecil lagi untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Al Azhar, Mesir. Saya menanam cita2 ini sejak dari saya kenalnya huruf "A" yang mana saya bertekad untuk menjadi Doktor Al Hafiz.
Selepas saya mendapatkan keputusan dalam SPM, saya terus memohon untuk melanjutkan pelajaran saya sepertimana yang di idam-idamkan. Akhirnya permohonan saya diterima oleh sebuah syarikat swasta yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Al Azhar. Ya Allah pada masa itu tak terkira kesyukuran saya pada Allah. Hati ini terasa bagaikan melonjak-lonjak kegembiraan. Ketika itu saya baru sahaja melakukan pembedahan dilutut akibat kemalangan yang lalu. Tu yg tak boleh nak menzahirkan kegembiraan tu. Tapi mulut ini tidak berhenti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepa Allah.
Selepas daripada mendapat surat tawaran itu, saya meneruskan pembacaan tentang butir2 surat itu. Saya tergamam apabila melihat kos pengajian tersebut adalah sebanyak RM230 000.00 untuk 6tahun pengajian. "Ya Allah!!!" detik hati saya. Saya mula bingung siapalah mahu taja saya ni. Keputusan bukanlah gempak sangat pun. Disini bermula pengalaman saya seolah-olah seperti pengemis. Saya turun naik pejabat kerajaan. Turun naik pejabat agensi2 keewangan. Turun naik pejabat yang berhormat. Tapi jawapannya tetap menghampakan. Tiap2 malam diaatas kerusi roda sy menadah tangan..."Ya Allah sungguh tiada dayanya diriku ini. akubukanlah dari keluarga yang berada. Permudahkanlah Ya Allah untuk menuntut ilmu dibumi AnbiaMU..Pemudahkanlah Ya Allah...Amin"
Akhirnya sampai satu keadaan saya mendapat surat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka(KMM). Tetap melihat daripada keadaan diri aku ni aku tidak mempu untuk ke kolej tersebut. Kehidupan yang bertongkat dengan beberapa batang besi yang menyokong lulut saya membataskan segala-galanya. Lama kelamaan aku terpaksa membuat keputusan. Keputusan yg terlalu berta untuk dinilai dan ditimbangkan. Dalam hati saya merintih. Perit dan pedih. Melihat kepada keadaan keluarga yang tidak mampu. Pada ketika itu, kakak saya telah melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan Biotech Engin di UIA yang memerlukan belanja yang besar dan adik2 dibawah saya semuanya memerlukan duit untuk meneruskan persekolahan. Cuma Abah kesayangan saya sahaja yang mencari nafkah.
Lalu saya menunaikan solat istikharah memohon petunjukNYA. Saya pergi mendapatkan emak saya dan saya beritahu tentang keputusan yang telah saya fikir serta putuskan. "Emak,abang fikir abang nak lepaskan tawaran ini, mak.."kata saya. "Insya Allah mungkin akan datang ada rezeki lain untuk abang". Lalu emak saya menjawab, "Bersabarlah, Insya Allah emak yakin ada sesuatu yang lebih baik menunggu abang". Selepas daripada peristiwa itu, saya mencari peluang untuk saya belajar. Akhirnya kawan saya mencadangkan saya untuk membuat rayuaan untuk masuk Pusat Asasi UIA. Dengan itu, saya bertekad untuk menggagahkan diri yang bertongkat untuk membuat rayuan di UIA. Abah saya membawa saya berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Sehingga sekarang saya masih baik dengan pegawai tersebuat. Namanya Bro. Zabidi Nasan.
Saya merayu mengikut kelayakkan iaitu untuk melanjutkan pelajaran dalam Fondation In Nursing. Alhamdulillah saya kini bergelar mahasiswa Kejurawatan. Walaupun sudah bertahun telah berlalu niat dan cita2 saya utk ke Al Azhar masih lg xpenah pudar. Walaupun cita2 seorg doktor tapi siapa tahu saya akan jadi doktor dengan menggunakan platform JURURAWAT...Tapi masih jua saya kenangkan
HaishTHE ROAD NOT TAKEN
Wednesday, March 9, 2011
@2011: "Mengenang Memori">>>>Edisi Aku Seorang Pemuisi
BUDAK PUISI VS BUDAK SAINS...Ni satu kes yg mana orang asyik pelik ngan aku...Diaorang cakap mana bleh budak sains berpuisi... Budak sains mana suke benda2 puisi ni...Aduih...Aku ni mmg budak sains..Sains mmg jadi minat aku sejak kecik lagi...Aku asyik ckp ngan mak aku yg aku akan jadi DOKTOR...Aku suka reka cipta brg2..macam2 la...So ada suara2 sengau yg berkata diaorg pelik tgk aku...Hmmm...betol ni la aku...Budak yg otak sains berjiwa sastera...
Jadi nak di jadikan cerita...oleh kerana minat aku terhadap sains dan puisi ni da menebal dlm sanubari aku..aku telah terpilih untuk mewakili sekolah untuk PUISIDRA (panjangnya puisi drama sains)...Alhamdulillah dapt no 4 kebangsaan..Orang kata "Not Bad"...hehehe...
Hari tu masa aku tgh mengemas rumah...Aku bukak la balek kotak2 time aku sekolah dulu..Lalu terjumpalah sebuah puisi..puisi ni aku tulis zaman aku budak2 lagi...Puisi ni pernah menang kat sekolah aku dulu...siap tayang kat Papan Kenyataan..hehehe..tapi biarkanlah itu menjadi kenangan...
So, Edisi Aku Seorang Pemuisi ni mengimbau kembali saat2 gemilang aku bersama puisi ciptaan ku...I'm Proud to be ME...Insya Allah klu ada peluang nanti aku post kn beberapa puisi yg pernah sy karang...Insya Allah...
p/s: Puisi itu indah dan menenangkan..Semua puisi yg aku karang semuanya berdasarkan hati+emosi+perasaan...
Saturday, February 5, 2011
@2011: "Mengenang Memori">>>>Edisi Mengenang Umur
Saturday, January 15, 2011
@2011: "Mengenang Memori"
- Penternak Muda Itik(telur,danging,kampung),Angsa,Burung Puyuh,Ayam Gajah dll
- Pegawai Pemasaran Syarikat Sri Mengkuang Enterprise
- Wakil Syarikat Tiram Travel (wakil Umrah)
- DLL(byk sgt nk list)
Sunday, November 28, 2010
Malam yg paling menyedihkan buat aku....
Suatu peristiwa yg amat menduga ketabahnku adalah disaat anak itik aku mati di depan mata aku...Bukan sekadar di depan bahkan dia "menghembuskan" nafas yg terakhir di atas tapak tanganku...Di waktu itu jam menunjukkan pukul 12tgh malam...Melihat itik aku lemah lalu aku angkat dan kuselimutinya agar dia tidak kesejukan...disaat itu badannya menggigil...Dia tidak lagi larat utk mengangkat kepalanya..Aku berkata,"Itik berjuanglah utk hidup kau...berjuanglah"...sambil mulut aku kumat kamit membaca selawat syifa'...bdnnye makin menggigil..nampaknya dia sudah "nazak"...aku xputus2 berkata,"itik jgnlah mati...Ya Allah selamatknlah itik aku..."
Kepalanya mulai terkulai...Bdnnye menggigil dgn kuat nye...Ya Allah aku xsanggup nk melihat semua ini berlaku di hdapan mataku....Matanya mengalir cecair seperti "air mata"...Mungkin itulah peritnya SAKARATUL MAUT...Aku berkata kepada kakakku,"kak nk wat camne ni...itik ni da nazak..." Akak menjawab,"manalah akak tahu...sabar ye Khairi..."Tiba2 dia menggeliat lalu menutupkan sepenuh matanya...bdnnye berhenti menggigil...kepala jatuh terkulai...Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...jam menunjukan tepat pukul 12.06 tgh mlm...Kini aku tahu dia sudah tiada lagi....Ya Allah sudah hilang satu nyawa yg berada dekat disisiku...Sedangkan umurnya baru shaja genap seminggu...
Aku meletakkan bangkainya di kotak...lalu aku berlari masuk ke bilik air...Aku menangis teresak2 sambil mengenangkan waktu2 terakhir itik itu...lalu aku mengambil wudu' dan terus menunaikan solat Isyak dan dlm sujud akhirku aku berbisik di dalam hati,"Ya Allah adalah semua ini adalah milikMU...Hatiku...Ibadahku...hidupku...serta matiku...adalah utkMU Ya Allah...Tabahkanlah hati ini...Aku tahu kini selangkah lagi tapakku akan menemuiMU...ampunilah aku,ibubapaku,adik beradikku,guru2ku,serta kaum kerabatku...Amin...."
Peristiwa ini bukan berlaku sekali sahaj malah selepas aku solat ada dua ekor lg yg mana bdnye amat lemah...sama seperti td aku selimutinya...selawat syifa'...akhir dua2 ekor itik itu juga mati di atas tapak tgn ku...Hidup ini amat singkat..oleh itu jgnlah kita alpa dan lalai dlm berjalan di atas dunia fana ini...Pesanku buat teman...."hidup ini singkat..jgn kata tua akan mati...muda pun mati juga..malah seminggu bru dilahirkan pun boleh mati spt itik td...jgnlah sia2 hidupmu teman...berjuanglah"
Special dedicated to-----}Anak2 Itik Telur yg aku sayangi....
Friday, October 22, 2010
4 Hikmah memakai tudung...
- Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.
- Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.
- Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan Allah
“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”
2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :
- Andainya seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dalam keadaan amat seksi, sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan” wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.
- Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.
- Pasti sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.
3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim :
- Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.
- Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
- Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.
- Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki.
- Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki
- Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
- Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
- Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.
- Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.
- Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.
- Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut.
- Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.
"Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi"
Tuesday, September 28, 2010
Diwaktu aku sedih...
Menggigil tanganku ini. Berdebar hatiku ini. Gusar fikiranku. Pabila memandang kembali amalan yang telah aku lakukan. Akulah hamba yang bangga dengan amalan yg TIDAK SEBERAPA!!! Seolah-olah aku mengjangkakan bahawa aku ini CONFIRM masuk syurga. Berjalan mendabik dada sambil memperlekehkan amalan yang orang lain buat. Diri ini sudah tidak makan saman. Solat aku lambatkan. Zikir aku lupakan. Puasa aku endahkan. Adakah aku ini sudah KURANG SIUMAN!!! Bekalan apa yang aku bawak untuk bertemu RABKU... Diwaktu ini hati masih lagi resah dek kesalahan yang lalu.
Hari demi hari, detik demi detik aku bazirkan untuk perkara yang tidak perlu. SIA-SIA. Adakah aku sudah bersedia untuk melangkah alam dimana aku sahaja yang berbaring tanpa teman. Mungkin aku ingat aku ini MUDA so enjoy dulu... "Wei, Khairi kawan ko ramai je yang da jadi arwah. Budak junior sekolah ko pun ada yang da jadi arwah. Diaorang muda lagi apa." Sekali maut bertandang tak kisahlah tua ke, muda ke, beriman ke, kaya ke, takkan lewat walaupun sesaat. Adakah aku mahu taubat ketika nyawa sudah berada dihujung kerongkang?
Aku berhenti sejenak. Merenung jauh di bumi fana. Air mata kecewa kerana menurutkan nafsu yang liar dan sahabat syaitan yang durjana. Malang lah aku sebagai manusia yang berpaksikan ISLAM sebagai hidupku jika semua ini aku TAK PEDULIKAN... Wahai rakan,sahabat,teman yang membaca warkah ini. Ingatlah hidup ini bukan ada tempoh percubaan. Teruskan hayun langkahmu. Hempaskan nafsumu. Pagarkan dirmu. KEMBALILAH PADA SIPENCIPTA...
Thursday, September 16, 2010
TAWARAN MURAH UNTUK UMRAH MUSIM SEJUK&CUTI SEKOLAH 2010
Wednesday, July 7, 2010
Ya Allah terimalah Aku...
Tuesday, June 29, 2010
Layakkah Aku...
Monday, June 28, 2010
When somebody loved me
Everything was beautiful,
And when she was sad,
I was there to dry her tears,
And when she was happy so was I,
When she loved me…
Through the summer and the fall,
We had each other that was all,
Just she and I together,
Like it was meant to be,
And when she was lonely,
I was there to comfort her,
And I knew that,
She loved me…
So the years went by,
I stayed the same,
But she began to drift away,
I was left alone,
Still I waited for the day,
When she’d say,
I will always love you…
Lonely and forgotten,
Never though she’d look my way,
She smiled at me and held me,
Just like she used to do,
Like she loved me,
When she loved me…
When somebody loved me,
Everything was beautiful,
Every hour we spent together,
Lives within my heart,
When she loved me…
Wednesday, March 17, 2010
Aku rindu padaMu sayang...
Monday, February 15, 2010
Epilog Permulaan Sebuah Perjalanan...
Saturday, February 13, 2010
Nasihat Emak Kepada Anak Gadisnya...
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Monday, December 14, 2009
Surat Cinta Untuk Ukhti....

Sunday, December 13, 2009
Ana Ada peluang Umrah Murah Saper nk JOIN!!!

Assalamualaikum...
Kepada semua mulimin&muslimat, Bulan April 2010 ana ada bawak satu jemaah Umrah. Kepada sesiapa yg berminat bleh contac ana kat Facebook or email ana (exeptionalguy_ary@yahoo.com). Program Kembara 2 Tanah Suci Di bawah kelolaan Tiram Travel Sdn Bhd (J Corp). Ana sbg agen Umrah ada membuat promasi. Promosi yg termurah adalah bersama jemaah ana RM 4590 15 hari 13 mlm(2 mggu lbh).
Penerbangan menaiki Pakistan International Airlines(PIA) dimana kita akan bermalam di Pakistan 1 mlm. Anda boleh melawat Pakistan selama anda berada disana. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Jeddah penerbangan yg sama. Sampai di Madinah kita akan membuat umrah ziarah selama 3mlm. Slps itu kita akan bermikat di Bir Ali dan meneruskan perjalanan ke Mekah utk membuat umrah. Kita berada di Mekah selama 9mlm sblm perjalan pulang.
Aktiviti disana amat byk dan kepada sesiapa yg berminat bleh ckp kpd sy A.S.A.P...Penyertaan berkeluarga amat dialu-alukan supaya dpt mengeratkan silturrahim. Kursus umrah disediakan dan kepada perlajar CFS sy akan uruskan utk excuse letter untk antum semua...Untuk maklumat lanjut bleh bgthu ana dan ana akan uruskan khidmat nasihat dr pihak pakar dlm bidang ini. Selain drpd itu dlm kita membuat umrah kita juga akan terlibat dlm WAKAF AN NUR J Corp yg menggunakan kosep Tijarah(spt di wawancara di RTM 1). Kita juga berpeluang utk membuat wakaf demi menjaga bekalan kita di akhirat kelak.
INGIN TAHU TENTANG PROGRAM UMRAH DAN WAKAF?
PERBADANAN JOHOR (JOHOR CORP) MELALUI ANAK SYARIKATNYA MEMPELAWA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM JIHAD PERNIAGAAN DENGAN MENYERTAI PROGRAM-PROGRAM UMRAH DISEPANJANG TAHUN 2010.
MELALUI PROGRAM UMRAH TERSEBUT, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAPAT MENYUMBANG SERTA MEWAKAFKAN HARTA DAN PENDAPATAN MELALUI PENYERTAAN DENGAN MENGERJAKAN UMRAH.INI KERANA DENGAN MENYERTAI SETIAP PEMBELIAN PAKEJ-PAKEJ UMRAH DAN PELANCONGAN ANJURAN TIRAM TRAVEL, SECARA AUTOMATIK SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN TELAH MENYERTAI DAN MENYUMBANG UNTUK TABUNG WAKAF KORPORAT KAMI YANG DIKENALI SEBAGAI WAKAF AN-NUR
MELALUI KEUNTUNGAN DALAM PERNIAGAAN INI, PIHAK PERBADANAN JOHOR TELAH MEWAKAFKAN SEBANYAK 75% DARI KEUNTUNGAN SYARIKAT KEPADA TABUNG WAKAF INI. IA DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU PIHAK-PIHAK DAN ORGANISASI YANG MEMERLUKAN SUMBANGAN.
REBUTLAH PELUANG INI DENGAN MENGUNJUNGI HARAMAIN (MEKAH DAN MADINAH) UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SAMBIL MENDERMA KEPADA PEMBANGUNAN TABUNG WAKAF AN-NUR ANJURAN PERBADANAN JOHOR.
Oleh itu marilah bersama2 ana kita buat amalan 2 dlm satu ni. Mudah dan Insya Allah amalan kita di terima oleh Allah.Utk jadualpenerbangan atau lain2 hal bleh hubungi ana..Marilah bersama2 jemaah ana utk membuat umrah pd bulan april ini...
p/s Jgn risau semua ana akan uruskan... -Mujahid Abadi Agen IIUM-

















