Wednesday, March 4, 2009

Paper Work reunion..

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG
42500 TELOK PANGLIMA GARANG
SELANGOR DARUL EHSAN


KERTAS KERJA MAJLIS PERJUMPAAN SEMULA BEKAS PELAJAR SK TELOK PANGLIMA GARANG SESI 2003


TARIKH:
8HB MAC 2009


HARI:
AHAD


TEMPAT:
DEWAN ANUGERAH SK TELOK PANGLIMA GARANG


ANJURAN
  • PERSATUAN BEKAS PELAJAR SKTPG
  • PENTADBIRAN SKTPG

1.0 PENDAHULUAN
Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Sama ada berpisah hidup mahupun mati. Kita sebagai insan yang sering alpha di dunia fatamorgana dikehendaki untuk tidak memutuskan jalinan persahabatan yang telah lama dipupuk semasa menuntut di SKTPG. pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta membina kesepaduan dalam kalangan bekas pelajar untuk kebaikan bersama.

2.0 PENGANJUR
  1. Persatuan Bekas Pelajar SKTPG
  2. Pentadbiran SKTPG

3.0 OBJEKTIF

  • Mengeratkan silaturrahim antara bekas pelajar dengan guru SKTPG
  • Mengumpul maklumat bekas pelajar supaya tidak terputus hubungan
  • Sebagai langkah untuk menggerakkan Persatuan Bekas Pelajar

4.0 KUMPULAN SASARAN

100 orang bekas pelajar sesi 2003 dan guru-guru SKTPG sesi 2003

5.0 BUTIRAN MAJLIS

  • Tarikh: 8hb Mac 2009
  • Hari : Ahad
  • Tempat: Dewan Anugerah SKTPG

6.0 AHLI JAWATAN KUASA

*Sila lihat lampiran 1

7.0 TENTATIF PROGRAM

*Sila lihat lampiran 2

8.0 SUMBER KEEWANGAN

  • Keewangan Persatuan Bekas Pelajar -RM1000.00

Jumlah RM1000.00

9.0 MANFAAT DAN HARAPAN

  • Supaya semua ahli Persatuan Bekas Pelajar akan menjadi lebih akrab
  • Supaya prestasi sekolah dapat ditingkatkan melalui aktiviti persatuan

10.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak sekolah dapat meluluskan kertas kerja ini dan memberi sokongan kepada persatuan kami

Disediakan Oleh,

.................................

(Muhammad Khairi Bin Shaharuddin)

President bekas pelajar

No comments: