Sunday, November 28, 2010

Malam yg paling menyedihkan buat aku....

                   Buat sahabat2 yang sy amat kasihi...Kisah ini bukan rekaan atau apa2 yg anda sangkakan ...tapi inilah realiti hidup seorang insan yg mahu berjinak dlm bidang penternakan. Dikala aku menulis ni aku baru sahaja kehilangan 19 ekor anak itik yg aku sgt syg. Bagi aku selain Allah,Rasul serta kaum kerabat yg aku syg, aku ada sekelompok makhluk Allah yg aku amat syg..iaitu ITIK...Mungkin korang akan gelak tapi inilah aku...Projek penternakan itik ni adalah projek aku sejak habis paper SPM lagi...Aku amat menyayangi itik aku sehinggakan mereka faham apa yg aku rasa dan aku faham apa yg diaorg rase...

                  Suatu peristiwa yg amat menduga ketabahnku adalah disaat anak itik aku mati di depan mata aku...Bukan sekadar di depan bahkan dia "menghembuskan" nafas yg terakhir di atas tapak tanganku...Di waktu itu jam menunjukkan pukul 12tgh malam...Melihat itik aku lemah lalu aku angkat dan kuselimutinya agar dia tidak kesejukan...disaat itu badannya menggigil...Dia tidak lagi larat utk mengangkat kepalanya..Aku berkata,"Itik berjuanglah utk hidup kau...berjuanglah"...sambil mulut aku kumat kamit membaca selawat syifa'...bdnnye makin menggigil..nampaknya dia sudah "nazak"...aku xputus2 berkata,"itik jgnlah mati...Ya Allah selamatknlah itik aku..."

                   Kepalanya mulai terkulai...Bdnnye menggigil dgn kuat nye...Ya Allah aku xsanggup nk melihat semua ini berlaku di hdapan mataku....Matanya mengalir cecair seperti "air mata"...Mungkin itulah peritnya SAKARATUL MAUT...Aku berkata kepada kakakku,"kak nk wat camne ni...itik ni da nazak..." Akak menjawab,"manalah akak tahu...sabar ye Khairi..."Tiba2 dia menggeliat lalu menutupkan sepenuh matanya...bdnnye berhenti menggigil...kepala jatuh terkulai...Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...jam menunjukan tepat pukul 12.06 tgh mlm...Kini aku tahu dia sudah tiada lagi....Ya Allah sudah hilang satu nyawa yg berada dekat disisiku...Sedangkan umurnya baru shaja genap seminggu...

                   Aku meletakkan bangkainya di kotak...lalu aku berlari masuk ke bilik air...Aku menangis teresak2 sambil mengenangkan waktu2 terakhir itik itu...lalu aku mengambil wudu' dan terus menunaikan solat Isyak dan dlm sujud akhirku aku berbisik di dalam hati,"Ya Allah adalah semua ini adalah milikMU...Hatiku...Ibadahku...hidupku...serta matiku...adalah utkMU Ya Allah...Tabahkanlah hati ini...Aku tahu kini selangkah lagi tapakku akan menemuiMU...ampunilah aku,ibubapaku,adik beradikku,guru2ku,serta kaum kerabatku...Amin...."

                  Peristiwa ini bukan berlaku sekali sahaj malah selepas aku solat ada dua ekor lg yg mana bdnye amat lemah...sama seperti td aku selimutinya...selawat syifa'...akhir dua2 ekor itik itu juga mati di atas tapak tgn ku...Hidup ini amat singkat..oleh itu jgnlah kita alpa dan lalai dlm berjalan di atas dunia fana ini...Pesanku buat teman...."hidup ini singkat..jgn kata tua akan mati...muda pun mati juga..malah seminggu bru dilahirkan pun boleh mati spt itik td...jgnlah sia2 hidupmu teman...berjuanglah"






Special dedicated to-----}Anak2 Itik Telur yg aku sayangi....

Friday, October 22, 2010

4 Hikmah memakai tudung...

  1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa :
  • Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.
  • Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.
  • Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan Allah
Maka,renungi ayat berikut :


“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”



2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :
  • Andainya seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dalam keadaan amat seksi, sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan” wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.
  • Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.
  • Pasti sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat lain,Allah menyatakan perihal sama tetapi memberi focus keoada suara wanita

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat)"



3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim :
  • Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.
  • Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
  • Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.


4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit :
  • Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki.
  • Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki
  • Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
  • Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
  • Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.
  • Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.
  • Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.
  • Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut.
  • Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.

"Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi"

Tuesday, September 28, 2010

Diwaktu aku sedih...

              Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...yang membentuk aku dari setitis air yang hina. Diwaktu aku bersendirian, terasa diri ini begitu lemah. Terasa akulah manusia yang tak penah kenal erti serik dan sering sahaja bongkak. Hari demi hari aku menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah tanpa aku memikirkan tujuan sebenar nikmat ini. Dikala aku kesusahan barulah aku pergi mengadapNYA. HIPOKRITNYA AKU!!! Adakah patut aku perlakukan begitu. Dengan Tuhan Aku sendiri!!! YA ALLAH aku menadah tangan memohon keampunan untukku hamba yang sangat lemah dan alpa.

             Menggigil tanganku ini. Berdebar hatiku ini. Gusar fikiranku. Pabila memandang kembali amalan yang telah aku lakukan. Akulah hamba yang bangga dengan amalan yg TIDAK SEBERAPA!!! Seolah-olah aku mengjangkakan bahawa aku ini CONFIRM masuk syurga. Berjalan mendabik dada sambil memperlekehkan amalan yang orang lain buat. Diri ini sudah tidak makan saman. Solat aku lambatkan. Zikir aku lupakan. Puasa aku endahkan. Adakah aku ini sudah KURANG SIUMAN!!! Bekalan apa yang aku bawak untuk bertemu RABKU... Diwaktu ini hati masih lagi resah dek kesalahan yang lalu.

               Hari demi hari, detik demi detik aku bazirkan untuk perkara yang tidak perlu. SIA-SIA. Adakah aku sudah bersedia untuk melangkah alam dimana aku sahaja yang berbaring tanpa teman. Mungkin aku ingat aku ini MUDA so enjoy dulu... "Wei, Khairi kawan ko ramai je yang da jadi arwah. Budak junior sekolah ko pun ada yang da jadi arwah. Diaorang muda lagi apa." Sekali maut bertandang tak kisahlah tua ke, muda ke, beriman ke, kaya ke, takkan lewat walaupun sesaat. Adakah aku mahu taubat ketika nyawa sudah berada dihujung kerongkang?

               Aku berhenti sejenak. Merenung jauh di bumi fana. Air mata kecewa kerana menurutkan nafsu yang liar dan sahabat syaitan yang durjana. Malang lah aku sebagai manusia yang berpaksikan ISLAM sebagai hidupku jika semua ini aku TAK PEDULIKAN... Wahai rakan,sahabat,teman yang membaca warkah ini. Ingatlah hidup ini bukan ada tempoh percubaan. Teruskan hayun langkahmu. Hempaskan nafsumu. Pagarkan dirmu. KEMBALILAH PADA SIPENCIPTA...

Thursday, September 16, 2010

TAWARAN MURAH UNTUK UMRAH MUSIM SEJUK&CUTI SEKOLAH 2010

Alhamdulilah syukur kehadrah Allah kerana dapat juga saya menulis diblog sy ini...maaf ye semua sbb laptop rosak..hehehe...Tujuan sy menulis ini utk mengwarwarkan bahawa Pihak Tiram Travel ada menawarkn pakej2 umrah yg mana bagi sy sgt murah dan berbaloi...Hmm jikalau anda semua berminat tak kisah lah walau dimana pun anda berada..Insya Allah call or sms sy...sy boleh uruskan dari A-Z...hehehe bukan nk bangga diri tp utk menolong semua supaya dikala umur masih ada marilah kita ke rumah Allah...CEPAT YE TEMPAT TERHAD...utk maklumat lanjut bleh tanya sy or contact facebook sy or ape2 sajalah...Surat khabar ada keluarkan iklan...Harap semua maklum...Marilah Kita Ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah..

Wednesday, July 7, 2010

Ya Allah terimalah Aku...

Ya Allah Ya Tuhanku..Ampuilah Dosa2 ku..Dosa2 kedua Ibu bapaku..Dosa Guru2 ku..Dosa Adik beradikku..Dosa Sahabat2 ku..srta Dosa2 seluruh kaum muslimin dan muslimat yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia...Ya Allah..Aku ni Insan yg sgt lemah..Aku xberdaya tanpa diriMU..Aku perlukan pertunjuk dariMU...berikanlah Ya Allah ketenangan Jiwaku..Aku lupa aku alpa..Ingatkanlah aku Ya Allah..Permudahkanlah Hidup ku ini..

Ya Allah sesungguhnya aku ini sudah tidak berdaya utk menanggungderita ini..Kau ringankanlah Ya Allah bebananku..Ku Tetapkanlah aku dlm jlnMU..kau berikanlah aku cintaMU..Kau pilihlah aku menjadi HAMBAMU..Ya Allah sesungguhya aku ini adalah insan yg penuh dgn dosa dan noda..Sesungguhnya AKU ini adalah hamba yg sering mengingkari perintahMU..

Aku takut Ya Allah jika Kau tidak mengaku kuadalah HambaMU dek kerana dosaku bagaikan buih dilautan banyaknya...bagaikan gunung-ganang tingginya..Aku rasakAN bahawa aku ini sudah tidak layak utk menetap di duniaMU..

Ya Allah dimalamku aku terasa resah dan gelisah..aku meraskan saatku hampir tiba..tapi aku takut aku belum lagi bersedia..AKu takut utk berhadapan dgn Dosaku..Aku juga takut utk berhadapan dgnMU..Aku taku bila mana aku nanti menerima buku amalanku dgn tgn kiriMU...

Ya Allah kerdilnya diri ini klu nk dibandingkan dgn zat MU...Aku sudah tidak sanggup lagi Ya Allah..Kembalikanlah aku kerumahMU...Agar saat2 Indah aku berada dirumah tidak akan hilang hingga waktuku telah tiba...
Aku ridukanMU..Aku rindukan kekasihMU..Aku rindukan KaabahMU...Aku rindukan tanah haramMU...Ya Allah kembalikanlah aku..
Amin

Tuesday, June 29, 2010

Layakkah Aku...

Baru2 ni Silat Seni Gayong Malaysia Club CFS IIUM PJ telah mengadakan AGM bertempat di LHB.Dalam meeting yg diadakan ni aku telah dilantik utk menjadi presiden.Yg menjadi isu adalah layakkah aku menggalas tanggungjawab yg mana bg aku amat besar dan berat.Aku takut bila mana aku tak dapat nak komited dlm tugas ni.Aku juga takut apabila aku ni mengecewakan org lain.Bagi aku biarlah aku sendiri di CFS ni tanpa dikenali oleh sesiapa pun.Aku nk menjadi org biasa.Sebelum drpd AGM ni b erlangsung macam2 jawatan yg "terpaksa" aku taggung.Masalahnya aku ni boleh ke???Aku cakap aku tak nak..Da la mak aku pun marah aku..."Khairi blaja tu kna la lebih jgn dok asyik nk berpersatuan je"

Aku da jadi keliru..Apa yg sepatutnya aku lakukan.Pujuk rayu mereka membuat aku lemah.Aku perlu menjadi diri aku.Berkali2 aku ckp "wei tolonglah aku tak nak".Tapi lama2...aku cakap kat diri aku..."Ikhlaskan ajelah buat kerja2 ni,lgpun diaorg da lantik ko...bukanya ko offer diri"Pergh nk jadi orang IKHLAS ni yg susah.Aku pun tak bape sure la. Berikanlah aku ruang dan peluang Ya Allah.Tunjukkanlah aku jln kebenaranMU....

Kepada yg melantik aku.Korang jgn risau(INSYA ALLAH).Aku tulis kat sini bukan bermakna aku nk protes tapi cuma nk meluahkan perasaan.Anyway kepada Line Up baru aku nk ucapkan Selamat Membuat kerja dan Bersedia utk tugasan2 yg akan diarah...
YAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRAN

Monday, June 28, 2010

When somebody loved me


When somebody loved me,
Everything was beautiful,
Every hour we spent together,
Lives within my heart,
And when she was sad,
I was there to dry her tears,
And when she was happy so was I,
When she loved me…

Through the summer and the fall,
We had each other that was all,
Just she and I together,
Like it was meant to be,
And when she was lonely,
I was there to comfort her,
And I knew that,
She loved me…

So the years went by,
I stayed the same,
But she began to drift away,
I was left alone,
Still I waited for the day,
When she’d say,
I will always love you…

Lonely and forgotten,
Never though she’d look my way,
She smiled at me and held me,
Just like she used to do,
Like she loved me,
When she loved me…

When somebody loved me,
Everything was beautiful,
Every hour we spent together,
Lives within my heart,
When she loved me…

Wednesday, March 17, 2010

Aku rindu padaMu sayang...


Aku rindu padamu sayang. Bertahun aku mencari dirimu. Dimana kau berada. Kembalilah kepadaku sayang.  Kenapa aku tidak berjumpa dengan kamu sebelum ini. Kehadiranmu membawa rahmat dalam hidupku. Wahai kesayanganku wahai pengerang jantung hatiku. Kembalilah kepangkuan aku. Aku lemah. Aku tidak berdaya. Untuk menanggung rindu ini. Sayangnya aku padamu tidak dapat dihitung. Tidak dapat ditimbang beratnya. Jika rinduku ini kusandarkan pada langit. Nescaya akan runtuhlah langit. Jika sayangku ini kuhanyutkan dalam lautan, maka habis kering  lautan kerana kepanasan sayangku padamu. Janganlah sayang kau duga hatiku. Kerana aku masih tidak mampu untuk menahanya.
Aku mencintaimu sepenuh hatiku. Walau badai yang menimpa diriku hanya kau tetap dihatiku. Biarlah aku korbankan segalanya untuk dapatkan cintamu. Tubuhku bergetar. Aku menggigil. Bukan kerana takut. Bukan kerana sejuk. Kerana aku tidak sanggup lagi menahan hati yang bergelora ini. Hidup matiku hanyalah kepadamu. Kembalilah sayang. Kembalilah. Datangi dalam setiap mimpiku. Hadiri dalam setiap anganku. Mengalirlah dalam tubuh badanku. Aku hanya mampu bersabar.
RINDU!!!!KASIH!!!!!SAYANG!!!!!....Aku sudah tidak tahan lagi. Dimana kau berada. Ambilah aku supaya aku sentiasa disisimu. Getaran badanku makin bertambah kuat. Aku sudah tidak gagah lagi untuk menahanya. Datanglah kasih datang kepadaku. Hanya kau sahaja dapat mengubat hatiku yang lara ini.
Ishk…ishk…ishk… Pulanglah sayang kembali ke ribaku. Aku menanti saat kita bersama. Aku pinta. Aku rayu. Aku mohon. Curahkanlah sedikit kemanisan dalam berkata padamu. Alirkanlah kasih dalam sedutan nafasku. Getarkanlah cinta dalam dengup jantungku. Habis basah tangisanku hanyalah padamu. Terimalah aku menjadi kekasihmu. Hanya satu  tiada yang lain. Hanya kau dihatiku.
Berilah cintamu kepadaku…Ya Allah Tuhanku Kekasihku… Agar aku lena diulit syurga Firdausmu… Matikanlah aku kerana aku cinta padamu…
I LOVE YOU ALLAH!!!!

Monday, February 15, 2010

Epilog Permulaan Sebuah Perjalanan...


Aku seorang kembara di bumi ciptaan tuhan yg maha luas. Aku cuma seorang pengembara  biasa tidak mempunyai apa2 kelebihan mahu pun alat2 yg canggih utk aku meneruskan perjalananku. Berjalan cuma berbekalkan kaki yg cukup lemah membuatkan aku terasa rendah dan lemah dalam kalangan masyarakat. Tapi dalam perjalanan ini cukup mengujiku.

Aku terasa begitu besarnya cinta tuhanku terhadapku. Aku diselamatkan daripada suatu peristiwa yg mana ikut logik akalnya aku akan kehilangan nyawaku. Kejadian yg mana ikut pengamalan ahli mantik akan mengatakan aku bisa terbunuh. Berbekalkan keyakinan aku kepada Rabku...aku pejamkan mata kesakitan...Alhamdulillah cukup indah lagi dunia apabila aku masih diberi peluang untuk hidup. Ya Allah besarnya kecintamu terhadapku. Lalu disitu bermulanya kehidupan yg sebenar. Bermula dari saat itu, kehidupan aku berubah. Aku dacaci, dihina , diherdik,di pandang rendah dan diperlekeh. Namun, tidak mengapa aku menyatakan bahawa ini adalah ujian yg mana Allah nk menguji bahawa Dunia ini masih lg menyusahkanmu...Menguji aku utk nyawa yg diberikan...

Lalu tersungkur aku dalam sujudku lalu berkatalah hati..."Ya Allah Tuhanku Kekasihku...Segala puji bagiMu tuhan yg mencipta aku daripada setitis air yg hina..Tuhan yg masih memberikan aku nyawa utk aku terus bertempur..engan ahmatmu Ya Allah akan aku terus gunakan nikamat yawaku utk aku terus berjuangan demi agamamu..Ya Allah kau kuatkanlah hatiku agar aku tedak mudah lemag,kecewa,lalai dan alpa dalam perjuanganku...Ya Allah kau akhiri hidupku semasa aku sedan bertempur utk agamaMu...moga kau memilihkuku utk menemuiMu sbagai seorg syahid...Ya Allah Dosa2ku menggunung tinggi tp kau tetap beri nikmat kepada ku...Ya Allah kau hapuskanlah dosa2ku yg bisa menghalang rahmahMu kepadaku...Agar aku boleh lagi merasa keamanan utk terus berjuang..." ishk3 tersedu aku dalam sujudku...Air mata terus membasahi sejadahku...

Aku terus mengakhiri Solat ku lalu aku bgn dan mengadap ke kiblat...Lalu dgn semangat aku berkata 
" Allah2 Rabuni, Rasul2 Qhudwatuni, Jihad2 Sabiluni...Almautufi sabiluni Asma' amanuni..." Perjalananku teruskan dgn semangat baru dan hati yg baru....

Saturday, February 13, 2010

Nasihat Emak Kepada Anak Gadisnya...

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung

“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.