Monday, November 23, 2009

Sahabat Renungkanlah!!!



Dengarlah teman, dalam kita menempuhi hidup yang penuh dengan onak dan cabaran terkadang kita terlupa bahawa kita perlu melakukan satu perkara yang mana diwajibkan kpd seluruh umat muslim. "Man Qala La Ilahaillah Fahua Da'ie" satu hadis Rasul yang kita cintai mengatakan bahawa barang siapa yg mengucap La Ilahaillah bahawasanye dia adalah seorang pendakwah. Wahai sahabat yang kucintai Demi Allah, Sejauh mana kamu menyambut seruan ini.
Adakah kita cuma berpeluk tubuh lalu mengatakan "Takpe orang lain da buat kita relaks la".

Ingatlah bahawa Rasulullah pernaha bersabda bahawa barabg siapa yang tidak memikirkan tentang masalah umat sekeliling mereka, maka mereka bukanlah tergolong dari umatku". Tergamakkah kita untuk membiarkan semua sahabat2 kita yang lain terabaik kerana kita yang tidak mengingatkan mereka. Sesungguhnya sebaik-baik manusia diantara kamu adalah mereka yang saling mengingatkan antara satu sama yang lain. Teringat pula akan satu riwayat yang menyatakan "Barangsiapa yang membawa orang Islam kembali mengenali Islam fadhilatnya seperti mengislamkan 10 orang kafir". Ya Allah bergitu bagusnye kita dapat mengajak sahabat2 kita kembali mengenali Tuhan Rabul Jalil

Adakalanya diri ini merasa pelik, mengapa dengan alasan tidak cukup ilmu menyebabkan seseorang itu tidak berdakwah. Sesungguhnya ilmu Allah ini amat luas. Adakah kita nak tunggu maut menjemput baru nak berdakwah. Rasulullah pernah bersabda "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Ini cukup mudah!!! Kita boleh mengajak sahabat2 kita untuk mengitati asal usul hidup kita. Kenapa kita diciptakan dengan sebegini rupa. Ada 4 tujuan untuk kita laksanakan, iaitu:
  1. Hamba Allah(Beribadah kepadanya)
  2. Khalifatullah(Mengimarahkan Buminya)
  3. Khaira Ummah(Mengajak berbuat baik, melarang kemungkaran)
  4. Ummah Wasoto(Umat di Akhirat)
Oleh itu, apa tunggu lagi!!! Rebutlah peluang selagi STOK UMUR masih ada. Jangan bila nyawa dihujung kerongkong barulah nak mengajak sahabat2 ke jalan Allah. Masih ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi Rasulullah Misi Sahabatnya Misi Khaira Ummah. Ingat Sampaikanlah walaupun satu ayat. Walupun dengan kita menyebut ALLAHU AKBAR!!!
Jihad kerana ALLAH dan bercita-citalah untuk mati diatas JALANYA!!!


HIDUP ISLAM!!!!




-Tinta Da'ie-

Friday, November 20, 2009

Di Lema Hamba....



Ya Allah Aku ini cuma insan yang tidak pernah mengenal erti puas...
Aku juga Ya Allah adalah hambamu yg sering lalai dan alpa dalam melaksanakan tugasku sebagai khalifah dan da'ie...
Ya Allah Aku bingung melihat diriku yg sentiasa berbuat kemungkaran padamu...
Ya Allah aku takut melihat diriku yang tidak gerun melihat azab yg bakal kuhadapi...
Ya Allah Adakah kau terima aku sebagai hambamu...???
Adakah aku masih layak untuk menjadi hambamu...???
Barangkali Apakah nasibku...
Adakah aku ingin terus menjadi antara hamba-hambamu yg ingkar...
Ya Allah Aku takut sekiranya tidak ada ruang lagi untuk aku bertaubat...
Aku takut sekira diri ini mati ketika aku kufur terhadapmu...
Ya Allah aku takut sekiranya kau bertanyakan padaku apa yg aku buat kepadamu...
Apa yg aku persembahkan kpdMu....
Pilu dihati hanya engkau yg tahu...
Resah dijiwa hanya engkau yg mengerti...
Tp adakah resah dan gelora hatiku dpt memadam api neraka yg tersedia untukku...
Adakah ia dapat melupuskan Solat-solat yg aku tinggal semasa hidupku...
Aku tak sanggup YA ALLAH melihat Nafsuku Menzalimi diriku...
Apakah yg harus aku lakukan...
Aku adalah hamba yg lemah...
Tidak boleh untuk tidak bergantung padamu....
Dimanakanku cari cintaku kpd Mu...
Ya tuhan pencipta aku ...
Aku rindu padamu...
Aku cinta padamu....
Tapi dalam kerinduanku....Dalam kecintaanku....aku alapa dan lena dalam lautan dosa yg aku lakukan ...
Aku terjatuh dalam jurang noda yg ku lakukan....
Aku mencari akan sinarmu....
Adakah ada sinar lagi buat ku...
Adakah Neraka tempat selayak bagiku....
YA ALLAH SELAMATKANLAH AKU!!!!
Dalam ketakutan yg amat DASYAT ini....
LENAKU dalam DILEMA...

Sunday, November 8, 2009

PUTERA LEMBAH BAKKAH




GISB Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah
Harga seunit (piece): RM 15.90

Tanya tentang buku ini

Tajuk : Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah
Pengarang : Zuraimi Ismail
Penerbit : Galeri Ilmu
ISBN : 978-983-097-183-4
Mukasurat : 144 Halaman
Status Stok : ADA

Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah.

Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa’hidup’. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri ‘visual’ yang berlaku di depan mata!

Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya.

Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.