Saturday, September 27, 2008

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia


Dengan Bismillah mula dikata,
mengingati kebesaran Allah yang Mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta...

Seni Gayong payung pusaka,
naungan aneka hikmat mulia,
rahsia tersimpan dipurbakala,
Ilham menyusul zahir semula...

Niat yang bersih baunya suci,
berseru kepada putera dan puteri,
agama yang mulia disanjung tinggi,
belalah bangsa adat dan negeri..

Gayong Bercantum Bersatu Padu,
mengingat junjungan empunya seru,
sama sendiri bantu membantu,
selamat sejahtera hajat dituju...

No comments: