Monday, November 23, 2009

Sahabat Renungkanlah!!!



Dengarlah teman, dalam kita menempuhi hidup yang penuh dengan onak dan cabaran terkadang kita terlupa bahawa kita perlu melakukan satu perkara yang mana diwajibkan kpd seluruh umat muslim. "Man Qala La Ilahaillah Fahua Da'ie" satu hadis Rasul yang kita cintai mengatakan bahawa barang siapa yg mengucap La Ilahaillah bahawasanye dia adalah seorang pendakwah. Wahai sahabat yang kucintai Demi Allah, Sejauh mana kamu menyambut seruan ini.
Adakah kita cuma berpeluk tubuh lalu mengatakan "Takpe orang lain da buat kita relaks la".

Ingatlah bahawa Rasulullah pernaha bersabda bahawa barabg siapa yang tidak memikirkan tentang masalah umat sekeliling mereka, maka mereka bukanlah tergolong dari umatku". Tergamakkah kita untuk membiarkan semua sahabat2 kita yang lain terabaik kerana kita yang tidak mengingatkan mereka. Sesungguhnya sebaik-baik manusia diantara kamu adalah mereka yang saling mengingatkan antara satu sama yang lain. Teringat pula akan satu riwayat yang menyatakan "Barangsiapa yang membawa orang Islam kembali mengenali Islam fadhilatnya seperti mengislamkan 10 orang kafir". Ya Allah bergitu bagusnye kita dapat mengajak sahabat2 kita kembali mengenali Tuhan Rabul Jalil

Adakalanya diri ini merasa pelik, mengapa dengan alasan tidak cukup ilmu menyebabkan seseorang itu tidak berdakwah. Sesungguhnya ilmu Allah ini amat luas. Adakah kita nak tunggu maut menjemput baru nak berdakwah. Rasulullah pernah bersabda "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Ini cukup mudah!!! Kita boleh mengajak sahabat2 kita untuk mengitati asal usul hidup kita. Kenapa kita diciptakan dengan sebegini rupa. Ada 4 tujuan untuk kita laksanakan, iaitu:
  1. Hamba Allah(Beribadah kepadanya)
  2. Khalifatullah(Mengimarahkan Buminya)
  3. Khaira Ummah(Mengajak berbuat baik, melarang kemungkaran)
  4. Ummah Wasoto(Umat di Akhirat)
Oleh itu, apa tunggu lagi!!! Rebutlah peluang selagi STOK UMUR masih ada. Jangan bila nyawa dihujung kerongkong barulah nak mengajak sahabat2 ke jalan Allah. Masih ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi Rasulullah Misi Sahabatnya Misi Khaira Ummah. Ingat Sampaikanlah walaupun satu ayat. Walupun dengan kita menyebut ALLAHU AKBAR!!!
Jihad kerana ALLAH dan bercita-citalah untuk mati diatas JALANYA!!!


HIDUP ISLAM!!!!




-Tinta Da'ie-

No comments: