Wednesday, March 17, 2010

Aku rindu padaMu sayang...


Aku rindu padamu sayang. Bertahun aku mencari dirimu. Dimana kau berada. Kembalilah kepadaku sayang.  Kenapa aku tidak berjumpa dengan kamu sebelum ini. Kehadiranmu membawa rahmat dalam hidupku. Wahai kesayanganku wahai pengerang jantung hatiku. Kembalilah kepangkuan aku. Aku lemah. Aku tidak berdaya. Untuk menanggung rindu ini. Sayangnya aku padamu tidak dapat dihitung. Tidak dapat ditimbang beratnya. Jika rinduku ini kusandarkan pada langit. Nescaya akan runtuhlah langit. Jika sayangku ini kuhanyutkan dalam lautan, maka habis kering  lautan kerana kepanasan sayangku padamu. Janganlah sayang kau duga hatiku. Kerana aku masih tidak mampu untuk menahanya.
Aku mencintaimu sepenuh hatiku. Walau badai yang menimpa diriku hanya kau tetap dihatiku. Biarlah aku korbankan segalanya untuk dapatkan cintamu. Tubuhku bergetar. Aku menggigil. Bukan kerana takut. Bukan kerana sejuk. Kerana aku tidak sanggup lagi menahan hati yang bergelora ini. Hidup matiku hanyalah kepadamu. Kembalilah sayang. Kembalilah. Datangi dalam setiap mimpiku. Hadiri dalam setiap anganku. Mengalirlah dalam tubuh badanku. Aku hanya mampu bersabar.
RINDU!!!!KASIH!!!!!SAYANG!!!!!....Aku sudah tidak tahan lagi. Dimana kau berada. Ambilah aku supaya aku sentiasa disisimu. Getaran badanku makin bertambah kuat. Aku sudah tidak gagah lagi untuk menahanya. Datanglah kasih datang kepadaku. Hanya kau sahaja dapat mengubat hatiku yang lara ini.
Ishk…ishk…ishk… Pulanglah sayang kembali ke ribaku. Aku menanti saat kita bersama. Aku pinta. Aku rayu. Aku mohon. Curahkanlah sedikit kemanisan dalam berkata padamu. Alirkanlah kasih dalam sedutan nafasku. Getarkanlah cinta dalam dengup jantungku. Habis basah tangisanku hanyalah padamu. Terimalah aku menjadi kekasihmu. Hanya satu  tiada yang lain. Hanya kau dihatiku.
Berilah cintamu kepadaku…Ya Allah Tuhanku Kekasihku… Agar aku lena diulit syurga Firdausmu… Matikanlah aku kerana aku cinta padamu…
I LOVE YOU ALLAH!!!!

1 comment:

Hiromi Ichiban said...

Bagus entry nta.
Cuma gaya nye xbrape molek.
Ia bagaikan kita mengabaikan prinsip yang Allah itu Xboleh disamakan dengan makhluk walau dengan apa carapun...

Ini bukan caranya sebab adalah satu keperluan beradab dengan Rabb kita.
Moga dalam rahmat Allah...

**Sori, aku pun xbrapa mahir bab2 ni...